Malam melanjut, namun denyutan jantungku tidak dapat ku rasai. Masa seolah-olah berhenti untuk mengizinkan aku memperhatikan orang itu.
Walaupun aku hanya dapat perhatikan dia dari jauh tetapi ia sudah mencukupi. Dapat kulihat dengan teliti bahawa kegelapan mulai menguasai hidupnya Hatiku pilu apabila melihat keadaannya sekarang. Setiap kali dia terlintas dalam mindaku, sering kali aku mengimbas kembali masa lampauku. Air mataku membasahi pipiku tanpa disedari. Persoalanan tidak henti-henti tertimbul dalam mindaku. "Itulah saya suatu masa dahulu" hanya perkataan ini sahajalah yang dapat aku lafazkan kepada diriku sendiri.
Siapakah yang dapat menyelamatkannya dari kegelapan dunia? Ada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada dia? Jelas sekali terhadap mereka bahawa Tuhan yang maha berkuasa dapat membantu mereka tetapi kenapa hatinya keras sekali untuk menerimanya? Kenapa dia tidak bertaubat walaupun tingkah lakunya salah?
Dosa... Memang menakutkan kerana ia memisahkan kita daripada Tuhan.
Dosa... Memang menakutkan kerana ia dapat "membutakan" mata seseorang dan menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan betul dan salah.
Dosa... Memang menakutkan kerana tiada ubat dalam dunia ini yang dapat mengubati penyakit ini, kecuali melalui Tuhan Yesus Kristus.
Sudikah anda mengikuti jalan yang disediakan oleh Tuhan yang akan membawa kamu ke syurga? Alangnya baik jikalau kamu dapat kembali kepada rumahmu...

0 comments:
Post a Comment