Friday, July 25, 2008

Gembira..

Gembira kerana laptopku sekarang boleh dipakai.
||
Gembira kerana dikatakan ku seperti rusa masuk ke kampung,
kerana ku dapat menyaksikan sesuatu yang dilakukan dengan laptopku
(yang dinamakan canggih olehku) melalui kawanku
||
Gembira kerana Tuhan telah membuka jalan untukku.
||
Gembira kerana aku masih hidup dan sihat sejahtera
||
Gembira kerana segala-galanya dalam tangan Tuhan
||
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluahkan masa untuk membentuku
^.^

6 comments:

Unknown said...

Betul~
Kita sepatutnya bersyukur walaupun dapat menggunakan laptop. Ada orang yang tak dapat memiliki satu pun.

Jadi sekarang kamu mesti berusaha dan menyiapkan FYP mu.

Kalau tidak, usaha kawanmu yang baik akan bazir begitu sahaja..

Shan Shang said...

YOSH!
^.^ Kena bertungkus-lumus sekarang!

Terima kasih banyak-banyak! ^.^

Anonymous said...

Terima Kasih Kepada Doraemon.

Shan Shang said...

Emmm... There's no Doraemon here.. Hahaha..

Anonymous said...

whoa.. hebat.. tapi mengapakah mengunakan bahasa baku? seperti budak sekolah bunyinya.. hahha..


OMG i cant remember when is the last time i write in proper malay..

kan ke best sket bunyik dier kalo ayat tuh dirojakkan.. hohohoho

Shan Shang said...

Pertama sekali, selamat datang ke blogku, Aioa.

Maafkan saya kerana berkasar dengan saudara, tetapi kalau tidak keberatan, bolehkah saya tahu nama saudara? Tetapi, kalau tidak selesa untuk beritahu, sekian sahaja soalku dan moga-moga saudara datang semula ke blogku ^.^

Bahasa baku, kalau tak silapku hanya berbeze dari segi pertuturan, tetapi dari segi ejaan dan tulisan, semuanya sama. Kecuali kamu sedang menunjuk kepada Bahasa Indonesia, dimana ejaan dan pertuturannya berbeza sekali dengan bahasa melayu. ^.^

Ya, memang saya budak sekolah kerana tahapku hanya sampai situ! haha... Janganlah pandang rendah terhadap bahasaku yang lemah >.< Ku akan berusaha untuk memperbaikikan bahasaku yang kian dilupai~ Moga-moga aku tidak seperti tikus membaiki labu ^.^

Tidak! Ayat tidak sepatutnya dicampur-aduk! Bahasa Melayu itu bahasa bangsa saya. Walaupun tak seberapa suka dengan cara-cara kerajaan kami melaksanakan tugas mereka, tetapi, ku masih mencintai bahasa melayu ^.^ jadi, janganlah "merosakkan" nama bahasaku dengan ayat yang tidak betul ^.^